Di dalam konteks transformasi Latihan Industri Politeknik, Laporan Akhir Latihan Industri sebelum ini disediakan dalam bentuk penulisan yang berpandukan format yang telah ditetapkan secara tradisional.Hasil ledakan dan perkembangan teknologi maklumat alaf baharu perlu disambut oleh sistem pengajian politeknik kearah Latihan Industri bertaraf dunia yang berwawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif menggunakan teknologi dalam menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar, disimpan dan juga dinilai.Bagi menyahut cabaran tersebut, laporan akhir latihan industri ini diterbitkan dalam bentuk penerbitan Penerbitan Kreatif melalui blogspot.
skip to main |
skip to sidebar
1.1 PENDAHULUAN
Laporan akhir latihan industri ini adalah bertujuan untuk membolehkan pihak Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah membuat penilaian pencapaian sepanjang menjalani latihan industri di Unit Inkubator Keusahawanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi melengkapkan jumlah kredit yang diperuntukkan iaitu sebanyak 10 kredit untuk latihan lapangan, pembentangan, temuduga dan juga laporan penulisan latihan sebelum menamatkan pengajian di peringkat diploma.
0 ulasan:
Catat Ulasan