6.1 KESIMPULAN

Sepanjang lima bulan bergelar pelatih di Unit Keusahawanan Jabatan Kerujuteraan Elektrik (UKJKE) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), banyak ilmu yang telah saya perolehi. Antaranya dari segi berkomunikasi dengan semua kakitangan awam dan kontraktor. Secara amnya, Bahasa Melayu di gunakan tetapi Bahasa Inggeris juga di gunakan sebagai bahasa perantaraan di sini. Selain itu, segala barangan dan kertas kerja dalam Bahasa Inggeris. Di sini saya dapat melihat betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris ini di sini mahupun di peringkat antarabangsa. Sedikit sebanyak penggunaan Bahasa Inggeris di jabatan ini sepanjang lima bulan saya bergelar pelatih telah memberi manfaat yang sangat berguna kepada saya sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) ini.

Apa yang paling berharga sebenarnya ialah apabila dapat merasai alam pekerjaan sebenar sewaktu usia yang bolehlah dikatakan masih muda. Banyak yang telah saya nampak dan pelajari ketika bergelar pelatih di jabatan ini. Antaranya ialah jurang usia yang begitu jauh dapat membezakan tahap kematangan seseorang dalam sesebuah pemikiran. Disebabkan jurang perbezaan dan tahap berfikir yang terlalu jauh ini telah mendesak diri saya untuk berfikir secara matang dan profesional agar diri kita tidak ketinggalan dari apa jua keadaan dengan mereka yang lebih matang. Selain itu, saya turut melihat betapa pentingnya keyakinan diri di dalam menjalankan sesuatu tugas yang diberikan. Ini dapat dilihat semasa saya dibenarkan untuk mengikuti beberapa mesyuarat yang diadakan di jabatan ini. Setiap kakitangan yang bersuara semasa mesyuarat ini sangat berkeyakinan di dalam menyampaikan hujah dan pandangan mereka. Keyakinan juga penting di dalam menjawab segala persoalan yang timbul daripada ahli mesyuarat yang lain. Tanpa keyakinan diri yang cukup, kita mungkin akan di pandang remeh dan segala hujah dan pandangan yang di sampaikan mudah untuk disangkal selain hilang keyakinan untuk bersuara di masa mendatang.

Selain itu, saya turut berpeluang untuk mempelajari cara-cara dalam bidang pekerjaan ini yang mana semasa mula-mula datang ke sini langsung tidak tahu tugas sebagai seorang juruteknik di sini. Pada awalnya saya di dedahkan dengan hanya melihat mereka menjalankan kerja-kerja yang ada sahaja, selepas beberapa hari saya dibantu dan diberi tunjuk ajar saya dapat membuat kerja-kerja itu walaupun tidak begitu mahir sepenuhnya. Saya berpeluang melakukan berbagai-bagai kerja di sini dan semasa pembelajaran di politeknik dahulu banyak membantu, sekurang-kurangnya saya dapat tahu dan mengenal tentang peralatan-peralatan yang ada serta penggunaannya dengan betul dan tertib.

Sebagai seorang juruteknik di sini saya telah mempelajari mengenai peralatan-peralatan yang digunakan serta cara-cara penyelengaraan dan penggunaannya. Peluang yang ada ini saya gunakan dengan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk mendapatkannya. Pada awalnya saya begitu kekok untuk melakukannya kerana ada sebahagian benda itu perlu dibuat dengan sebaik-baiknya dan berhati-hati kerana benda itu merbahaya kerana mempunyai voltan bekalan yang tinggi dan cepat mudah rosak jika salah menggunaknnya. Oleh sebab lama saya di sini dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan, saya dapat melakukannya dengan baik walaupun pernah beberapa kali melakukan kesilapan dan apa yang menarik bagi saya adalah kepuasan setelah berjaya menyiapkannya dan memperbaiki kerosakan yang terdapat pada litar dan juga membuat sesuatu pendawaian.

Di sini juga, saya banyak mendapat pengetahuan yang lebih, dalam mengenali berbagai-bagai lagi perkara yang baru selain itu barang-barang peralatan baru yang lain yang memang sebelum ini saya tidak pernah tahu dan juga kegunaan serta penggunaannya. Selain itu saya banyak membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja lain dan dapat mengetahui cara menjadi pekerja yang sebenar. Tanpa latihan industri ini, saya tidak akan berpeluang untuk mempelarinya dan dapat mengetahui bahawa kemahiran juga penting seiring dalam pembelarajan selain untuk digunakan di masa hadapan. Banyak ilmu dan tunjuk ajar yang telah saya perolehi semasa menjalani latihan industri di Unit Keusahawanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (UKJKE) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Kesemua ilmu yang diperolehi akan saya gunakan semasa menempuh kehidupan sebenar kelak terutamanya di dalam bidang pekerjaan sebenar.

0 ulasan:

Catat Ulasan