1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

     Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika pembelajaran.

     Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

     Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk di masa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

0 ulasan:

Catat Ulasan