Saranan dan Cadangan untuk Pihak Syarikat
1. Pihak syarikat perlulah menambahkan lagi bilangan pekerja yang ramai untuk setiap kumpulan kerja.
2. Membuat kajian terhadap kemampuan suasana tempat kerja samada ia mampu memberi kesinambungan pelatih dan pekerja tetap.
3. Pekerja yang diambil mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang yang diceburi.
4 Pihak syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pelatih sekiranya pelatih dalam keadaan pekerjaan yang rumit perlu di bantu.
Saranan dan Cadangan untuk Pihak Politeknik
1. Pihak Politeknik dengan pihak syarikat perlu menjalankan kerjasama yang baik dan sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang dibuat.
2. Program latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak memberi faedah kepada siswa dan siswi malah juga kepada pembangunan Negara dari segi penyedian tenaga pekerja mahir.
3. Para pelatih sepatutnya diberi sedikit penerangan atau gambaran mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukan dan dijalani mengikut bidang masing-masing.
4. Pihak Politeknik perlu mengadakan perjumpaan khas antara siswa siswi senior yang telah menjalani latihan industri bagi memberi penerangan.
5. Pihak Politeknik perlu mengambil tahu terhadap pelatih yang mengalami kesulitan di tempat Program Latihan Industri.
6. Pihak Politeknik perlu memberi cadangan dan masa yang panjang untuk menyediakan tempat Latihan Industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal pelajar masing – masing.
0 ulasan:
Catat Ulasan