Memang diakui, banyak perkara-perkara baru yang tidak pernah ditemui sebelum ini dapat dipelajari sewaktu menjalani latihan industri. Tidak ketinggalan juga perkara-perkara yang lazim dilakukan seharian dan perkara-perkara yang dipelajari di politeknik. Perkara yang baru dijadikan satu pengalaman dan akan dipraktikkan apabila menempuhi alam pekerjaan yang sebenar kelak, manakala perkara-perkara yang lazim dilakukan dan memahirkan lagi diri untuk melakukan perkara-perkara tersebut.
Sepanjang menjalani program latihan industri di Unit Inkubator Keusahawanan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, biasanya pekerja (staf) akan menunjukkan serba sedikit sesuatu tugas ataupun kerja yang hendak diarahkan dan akan diberi penerangan dengan terperinci. Ia seolah-olah seperti berada di politeknik kerana penerangan yang diberi penuh terperinci dan senang difahami. Yang selebihnya pula pelajar perlu mengeksploitasi sendiri bagi membolehkan pelajar memikirkan sendiri masalah dan bagaimanakah sesuatu tugas itu hendak diselesaikan serta dilaksanakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki. Hanya sekiranya terdapat masalah dan kemusykilan yang tidak boleh diselesaikan sahaja akan diajukan kepada pekerja (staf) atau penyelia yang bertugas bersama ketika itu.
Suasana semasa pembelajaran amat berbeza sekali dengan suasana ketika di alam pekerjaan, tetapi pelajar sedaya upaya menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.
Sesungguhnya mempelajari perkara baru sepanjang program latihan industri di Unit Inkubator Keusahawanan PSA adalah satu perkara yang menyeronokkan. Antara perkara baru yang dipelajari ialah seperti membuat pelbagai jenis penyelenggaraan peralatan elektrik, menyelenggara dan membaik pulih bekalan
Oleh yang demikian pelajar mestilah menunjukkan displin dan rekod kehadiran yang baik kerana segala tingkah laku pelajar mencerminkan syarikat dan juga politeknik. Pelajar harus menunjukkan minat untuk mempelajari segala benda-benda yang terdapat di tempat latihan industri . Ini dapat menyakinkan pekerja (staf) dan penyelia bahawa pelajar mempunyai minat dan kemungkinan pelajar akan diambil bekerja apabila tamat pengajian di politeknik atau di IPTA.
0 ulasan:
Catat Ulasan